Tonton video persembahan dikir barat sempena hari guru 2013.
Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Majlis dimulai dengan jamuan sarapan pagi di kantin sekolah diikuti dengan pertandingan sukanika diantara guru-guru yang diadakan di dataran kawat.
Kehadiran guru-guru ke Dewan Teknokrat diiringi dengan perarakan bunga manggar dan paluan kompang oleh pelajar. Di hadapan Dewan Teknokrat, guru-guru dipersembahkan dengan pertunjukan silat oleh ahli Persatuan Silat sekolah. Majlis kemudiannya diteruskan di Dewan Teknokrat dengan ucapan hari guru oleh wakil pelajar, pembacaan perutusan pengarah JPNT oleh GPK Pentadbiran, nyanyian lagu “Guru Malaysia” dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.
Selain dari itu acara memotong kek dan cabutan bertuah untuk guru-guru turut diadakan. Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang memenangi acara sukanika yang diadakan. Kami guru-guru SMTT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang mengadakan majlis ini untuk kami dan tahniah kerana berjaya menganjurkannya dengan begitu meriah sekali.
Gambar-gambar lain boleh dilihat di :


















































